INFO TERKINI


>>>Selamat Datang Ke Blog Pusat Sumber SK Dato' Naning >>> http://www.pss-skdn.blogspot.com>>>

INFO TERKINI

Selamat Datang Ke Blog Pusat Sumber SK Dato' Naning. Semoga kandungan blog ini memberi manfaat kepada semua.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Tarikh : 16 Mei 2013 (Khamis)
Tempat : Kantin
Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengahari

Berminat untuk membuat ucapan sempena Sambutan Hari Guru di blog ini???
Hubungi Pn Norsafina di Perpustakaan Sekolah untuk keterangan lanjut.


Monday, July 1, 2013

PELANCARAN BULAN MEMBACA KEBANGSAAN, BULAN PUSAT SUMBER & BULAN KECERGASAN 2013

Majlis Pelancaran Bulan Membaca Kebangsaan, Bulan Pusat Sumber Sekolah & Bulan Kecergasan telah selamat dijalankan pada hari Isnin 1 Julai 2013. Majlis berlangsung di Dataran Perhimpunan dan dirasmikan oleh Pn Hjh Asiah bt Hj Md Sab, Guru Besar SKDN. Berikut adalah gambar sekitar majlis tersebut yang menggabungkan 3 majlis serentak.

Wednesday, May 8, 2013

Tahniah Buat Cikgu Mohd Isa Bin Bahrum

Tahniah buat Cikgu Mohd Isa Bin Bahrum (Penyelaras PSS SK Dato` Naning) yang berpindah ke SK Simpang Empat untuk memenuhi perjawatan sebagai GPK Kokurikulum disana. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh toleransi dan dedikasi. " Selamat Hari Guru" Daripada warga SK Dato` Naning.

Tuesday, May 7, 2013

CENDERAHATI SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU & hARI GURU

CENDERAHATI SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU & HARI GURU!!!!

Anda masih tercari-cari?? Tidak tahu apa yang hendak dibeli???
Dapatkan cenderahati dengan pilihan yang menarik di Kedai Buku SKDN >>> Kedai Kita.





Monday, February 11, 2013

PSS wajah baru

   Salam semua warga SKDN. PSS SK Dato Naning telah berwajah baru. Diharapkan dengan suasana baru, tahun baru dan insyallah dengan bahan-bahan baru dapat membantu semua warga SK Dato Naning dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Murid-murid juga digalakkan mengunjungi perpustakaan untuk meminjam atau membaca buku bagi menjayakan program NILAM segaligus menyuntik minat membaca dikalangan murid-murid sekolah.

   Selain itu juga, guru-guru boleh membawa para pelajar ke perpustakaan dengan jadual yang telah ditetapkan.



:: Ruang bacaan yang kondusif dan selesa ::












:: Sudut pameran buku skrap ::


:: Ruang Buku-buku ::


:: Ruangan guru ::




:: Sudut Penglipur Lara ::



:: Sudut Kamus ::


:: Sudut Warisan ::







   Diharapkan dengan suasana PSS yang baru ini lebih menceriakan para guru-guru, murid-murid dan seluruh warga SKDN untuk menimba ilmu dan dapat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran ;)

Tuesday, January 29, 2013

Mesyuarat PSS Kali Pertama 2013

Pada 11 Januari 2013 telah diadakan mesyuarat PSS kali pertama di Bilik Gerakan. Semua yang terlibat terdiri daripada guru besar Pn Hjh Asiah Bt Md Sab sebagai penasihat, GPK, dan Ahli jawatankuasa Induk & Kerja PSS. Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan hal PSS dan Perlaksanaan Program Sekolah & Pelancaran NILAM.

                                                     
                                                     

AHLI JAWATANKUASA 2013


PENYELARAS
PN HJH ASIAH MD SAB


PEN. PENYELARAS
PN SAHARIAH ISMAIL


PENYELARAS PSS
PN NORSAFINA ABU KASSIM


SETIAUSAHA
PN FATIMAH MAT ALI


AJK
· PENYELARAS BESTARI
· PENYELARAS UNIT PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
· PENYELARAS BILIK B.B.M / AKSES
· PENYELARAS BILIK KDP
· PENYELARAS BILIK MUZIK
· PENYELARAS BILIK TAYANG

Sunday, January 20, 2013

Visi, Misi, Matlamat serta Piagam PSS SK Dato Naning

   Selamat datang ke blog PSS-SK Dato` Naning.

MATLAMAT PSS-SK Dato` Naning

  • Sebagai sebuah pusat rujukan bagi murid dan guru
  • Sebagai pusat pengumpulan bahan dan maklumat
  • Menjadikan pusat sumber sebagaitempat tumpuan guru dan murid bagi medapatkan maklumat pendidikan. Membuat rujukan dan mendapat khidmat dalam pembelajaran
  • Pusat sumber sekolah menitik beratkan penggunaan pelbagai jenis media terutama yang berkonsepkan teknologi maklumat bagi membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih menarik dan berkesan


VISI PSS-SK Dato` Naning

Pusat Sumber Sekolah SK Dato`Naning ke arah pembentukan warga SKDN berbudaya ilmu, mempunyai tabiat membaca dan berkemahiran mencari maklumat sepanjang hayat


MISI PSS-SK Dato` Naning

Pusat Sumber Sekolah SK Dato` Naning melengkapkan pusat sumber sekolah dengan prasarana informasi yang berteknologi tinggi dan menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan berkualiti


PIAGAM PELANGGAN PSS-SK Dato` Naning

Kami guru-guru dan pengawas pusat sumber SK Dato` Naning dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan menggembeling tenaga untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :

  • Memberikan perkhidmatan mesra dan terbaik kepada semua pengguna pusat sumber
  • Memberikan peluang sama rata kepada seluruh warga sekolah menikmati kemudahan yang tersedia di pusat sumber
  • Membimbing para pengguna menggunakan segala kemudahan pusat sumber segala optimum serta berkesan
  • Menyampai dan membimbing pengguna mengaplikasikan sebarang bentuk perkembangan teknologi pendididkan terkini 
  • Menyediakan perkhidmatan yang membantu mempertingkatkan kualiti pencapaian akademik serta kokurikulum sekolah
  • Mewujudkan hubungan baik diantara ahli keluarga pusat sumber sekolah dengan pihak-pihak lain seperti BTP, BTPN, PUSTAKAM, PKG dan sebagainya melalui pelbagai program yang murni serta menyelesaikan sebarang masalah dalam bentuk kekeluargaan
  • Mengembangkan ilmu dan kemahiran ahli keluarga pusat sumber bagi memastikan perkhidmatan yang berdedikasi, komited, terlatih, berdisplin, bertanggungjawab, efisien, efektif dan produktif