Selamat datang ke blog PSS-SK Dato` Naning.
MATLAMAT PSS-SK Dato` Naning
- Sebagai sebuah pusat rujukan bagi murid dan guru
- Sebagai pusat pengumpulan bahan dan maklumat
- Menjadikan pusat sumber sebagaitempat tumpuan guru dan murid bagi medapatkan maklumat pendidikan. Membuat rujukan dan mendapat khidmat dalam pembelajaran
- Pusat sumber sekolah menitik beratkan penggunaan pelbagai jenis media terutama yang berkonsepkan teknologi maklumat bagi membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih menarik dan berkesan
VISI PSS-SK Dato` Naning
Pusat Sumber Sekolah SK Dato`Naning ke arah pembentukan warga SKDN berbudaya ilmu, mempunyai tabiat membaca dan berkemahiran mencari maklumat sepanjang hayat
MISI PSS-SK Dato` Naning
Pusat Sumber Sekolah SK Dato` Naning melengkapkan pusat sumber sekolah dengan prasarana informasi yang berteknologi tinggi dan menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan berkualiti
PIAGAM PELANGGAN PSS-SK Dato` Naning
Kami guru-guru dan pengawas pusat sumber SK Dato` Naning dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan menggembeling tenaga untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :
- Memberikan perkhidmatan mesra dan terbaik kepada semua pengguna pusat sumber
- Memberikan peluang sama rata kepada seluruh warga sekolah menikmati kemudahan yang tersedia di pusat sumber
- Membimbing para pengguna menggunakan segala kemudahan pusat sumber segala optimum serta berkesan
- Menyampai dan membimbing pengguna mengaplikasikan sebarang bentuk perkembangan teknologi pendididkan terkini
- Menyediakan perkhidmatan yang membantu mempertingkatkan kualiti pencapaian akademik serta kokurikulum sekolah
- Mewujudkan hubungan baik diantara ahli keluarga pusat sumber sekolah dengan pihak-pihak lain seperti BTP, BTPN, PUSTAKAM, PKG dan sebagainya melalui pelbagai program yang murni serta menyelesaikan sebarang masalah dalam bentuk kekeluargaan
- Mengembangkan ilmu dan kemahiran ahli keluarga pusat sumber bagi memastikan perkhidmatan yang berdedikasi, komited, terlatih, berdisplin, bertanggungjawab, efisien, efektif dan produktif