INFO TERKINI


>>>Selamat Datang Ke Blog Pusat Sumber SK Dato' Naning >>> http://www.pss-skdn.blogspot.com>>>

INFO TERKINI

Selamat Datang Ke Blog Pusat Sumber SK Dato' Naning. Semoga kandungan blog ini memberi manfaat kepada semua.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Tarikh : 16 Mei 2013 (Khamis)
Tempat : Kantin
Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengahari

Berminat untuk membuat ucapan sempena Sambutan Hari Guru di blog ini???
Hubungi Pn Norsafina di Perpustakaan Sekolah untuk keterangan lanjut.


Sunday, January 20, 2013

Visi, Misi, Matlamat serta Piagam PSS SK Dato Naning

   Selamat datang ke blog PSS-SK Dato` Naning.

MATLAMAT PSS-SK Dato` Naning

  • Sebagai sebuah pusat rujukan bagi murid dan guru
  • Sebagai pusat pengumpulan bahan dan maklumat
  • Menjadikan pusat sumber sebagaitempat tumpuan guru dan murid bagi medapatkan maklumat pendidikan. Membuat rujukan dan mendapat khidmat dalam pembelajaran
  • Pusat sumber sekolah menitik beratkan penggunaan pelbagai jenis media terutama yang berkonsepkan teknologi maklumat bagi membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih menarik dan berkesan


VISI PSS-SK Dato` Naning

Pusat Sumber Sekolah SK Dato`Naning ke arah pembentukan warga SKDN berbudaya ilmu, mempunyai tabiat membaca dan berkemahiran mencari maklumat sepanjang hayat


MISI PSS-SK Dato` Naning

Pusat Sumber Sekolah SK Dato` Naning melengkapkan pusat sumber sekolah dengan prasarana informasi yang berteknologi tinggi dan menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan berkualiti


PIAGAM PELANGGAN PSS-SK Dato` Naning

Kami guru-guru dan pengawas pusat sumber SK Dato` Naning dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan menggembeling tenaga untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :

  • Memberikan perkhidmatan mesra dan terbaik kepada semua pengguna pusat sumber
  • Memberikan peluang sama rata kepada seluruh warga sekolah menikmati kemudahan yang tersedia di pusat sumber
  • Membimbing para pengguna menggunakan segala kemudahan pusat sumber segala optimum serta berkesan
  • Menyampai dan membimbing pengguna mengaplikasikan sebarang bentuk perkembangan teknologi pendididkan terkini 
  • Menyediakan perkhidmatan yang membantu mempertingkatkan kualiti pencapaian akademik serta kokurikulum sekolah
  • Mewujudkan hubungan baik diantara ahli keluarga pusat sumber sekolah dengan pihak-pihak lain seperti BTP, BTPN, PUSTAKAM, PKG dan sebagainya melalui pelbagai program yang murni serta menyelesaikan sebarang masalah dalam bentuk kekeluargaan
  • Mengembangkan ilmu dan kemahiran ahli keluarga pusat sumber bagi memastikan perkhidmatan yang berdedikasi, komited, terlatih, berdisplin, bertanggungjawab, efisien, efektif dan produktif


No comments:

Post a Comment